Resepi Donut Nutella Dan Nestum


Resepi Donut Nutella Dan Nestum

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara 

Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.

Bahan sapuan:

Nutella
Nestum

Cara menbuatnya:

Belah donut sampai putus 2,sapu nutella seluruh belahan donut,tabur nestum,tutup donut kembali,sapu di atas permukaan donut dengan nutella dan tabur nestum sehingga merata.rasa donut yang terlazat dengan gabungan nutella dan nestum

Resepi Choc Fudge Brownies


Resepi Choc Fudge Brownies

1 1/4 cawan butter (saya guna minyak jer)
4 biji telur (sy guna gred A)
2 cawan gula (sy guna gula castor dan sy kurangkan sukatannya)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka ( sy gantikan dengan dark choc yg dipotong kecil)

Panaskan oven pada suhu 170 darjah.

Alas acuan berukuran 9x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.


Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut..cukup sekadar adunan sebati)

Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.

Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Nota: sy ubah sedikit cara membuat brownies ni sebab sy hanya gunakan minyak menggantikan butter. Cara saya: satukan gula, telur dan vanilla. Kacau hingga sebati. Masukkan vanilla, sedikit garam (resipi asal tk guna garam sebab guna butter), dan minyak. Kacau lagi biar sebati. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko. Gaul rata. Akhir sekali masukkan kekacang.

Choc Ganache:
(Boleh tambah atau kurangkan kuantiti krim mengikut kepekatan yang dikehendaki)

125 g dark choc -potong kecil
1oo ml nondairy cream
Sedikit minyak atau butter jika suka

Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan. Panaskan krim hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.

RESIPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS


RESIPI SWIRLY CHOCOLATE CHIPS and M & M CHOCOLATE COOKIES with NUTS

Bahan-bahan ayak :

280 gm (2 1/4 cawan) tepung rose 10 gm (3 tsp) serbuk koko gelap aka dark choc/biasa(nak sedap, pilih yg ader brand can Van Houton ker)
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega
150 gm gula kastor(100grm gula kastor n 50 gram gula merah pun sedap)
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :
Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.

Masukkan kuning telur dan pukul rata.

Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.

Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.

Selepas buat bentuk bebola doh cookie tadi...leperkan...lebih cepat masak..

Kemudian hiaskan biskut anda dengan M & M atau Chocolate Chips

Panaskan oven 150c atau ikut kesesuaian oven anda.

Masukkan cookies dalam oven. Biar dalam 15 ke 20 minit..kalau buat kecil-kecil lagi cepat masak.Selalunya, bila berbau wangi , maknanya cookies dah pun masak.

Masa keluar dari oven, cookies akan lembik, tapi bila di tolak dengan pisau cookies tu bergerak..biarkan sejuk dan ia akan mengeras dgn sendiri..

Kalau masih ada bahagian yg lembik jugak walaupun dah sejuk (selalunya bahagian tengah) masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit lagi..
Back to top