Resepi Kek Minyak


KEK MINYAK

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder.
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
1 sudu teh esen vanila
pewarna

Cara-cara
1.Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
2.Masukkan susu pekat,garam dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
3.Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
4.Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata.
5.Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Resepi Caramel Macchiato Cheesecake


Caramel Macchiato Cheesecake
Oleh : Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan:
2 cawan biskut digestive - dihancurkan
1/2 cawan butter - cairkan (115g)
670g cream cheese - suhu bilik
1 cawan gula (200g) - boleh kurangkan sekiranya tak suka manis sangat
3 biji telur
150g yogurt putih low fat
1/4 cawan (60ml) air kopi pekat tanpa gula
2 sudu kecil esen vanila

Bahan caramel sauce:
85g butter
3/4 cawan brown sugar
1 sudu besar air
secubit garam
85ml susu cair (evaporated milk/creamer)
1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:
1. Satukan biskut digestive & butter cair. Gaul rata.
2. Terapkan biskut kedalam acuan. Bakar selama 8 min pada suhu 175 darjah celcius.
3. Pukul cream cheese sehingga kembang.
4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sehingga selesai.
5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji, teruskan memukul.
6. Setelah kembang & sebati, masuk kan yogurt, air kopi & esen vanila. Gaul rata.
7. Turunkan suhu oven kepada 165 darjah celcius.
8. Tuang adunan creamcheese keatas base yg telah dibakar selama 8 minit tadi.
9. Balut acuan dengan aluminium foil.
9. Masuk kan acuan kedalam oven & bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 1jam 5 minit melalui cara water bath (bain marie)
10. Bila cheesecake dah ready, tutup api oven & biarkan cheesecake di dalam oven selama 15 minit tetapi renggangkan pintu oven sedikit.
11. Selepas 15 minit, keluarkan cheesecake dari oven & renggangkan cheesecake dari tin pembakar, gunakan pisau kecil. Biarkan hingga agak sejuk sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk sekurang kurangnya 8 jam sebelum dihidangkan.
12. Cara membuat caramel sauce, satukan butter, brown sugar, air & garam.
13. Didihkan selama antara 5 minit sepanjang masa jgn berhenti kacau supaya tak hangus.
14. Setelah dialihkan dari api, perlahan-lahan tuangkan susu cair & esen vanila. Kacau rata. Biarkan betul betul tidak panas sebelum dituangkan keatas cheesecake.

** sebutan macchiato ialah " makhiyato " bila puan puan order macchiato di cafe inilah cara menyebutnya

** water bath / bain marie - masuk kan acuan kedalam bekas yg berisi air panas

Resepi Chocolate Chip Oreo Cookies


Chocolate Chip Oreo Cookies

Bahan-bahan:
1/2 cawan butter (113g) - suhu bilik
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan gula halus (gula putih)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 packet biskut Oreo (packet yg panjang / 13 keping) - dipotong 4
1 cawan chocolate chips


Cara-cara :
1. Pukul butter, brown sugar & gula halus hingga kembang.
2. Masuk kan esen vanila & telur. Pukul hingga sebati.
3. Masuk kan tepung, baking powder & garam yg telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
4. Masuk kan chocolate chips & biskut Oreo.
5. Ambil sesudu & letak kan keatas dulang pembakar. Leperkan sedikit. Jarak kan 2 centimetre antara adunan.
6. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 12 - 15 minit.

Resepi Kek Span Pandan Yang Sedap


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

- tepong super fine - 150 gram
- gula kastor - 150 gram
- telor - 5 biji telor A
- ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
- air daun pandan - 80ML
- minyak / mentega cair -80ML
- pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
- serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
- sedikit pewarna hijau

Cara-cara membuatnya..


1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

2.  perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

3. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

4. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...

5. pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...
kek dimasak mengunakan api bawah dan atas
Back to top