Nak Menang Voucher Shopping Bernilai RM1,000 ?


Nak menang voucher shopping bernilai RM1,000 dari Jusco, Parkson, Petronas, Air Asia dan banyak lagi ? 

Anda hanya perlu menyertai pertandingan ini sekarang. Ia memang benar! Ramai yang telah pun menang vouchers tersebut untuk shopping bersama family.

Bagaimana Caranya ?

Langkat 1, pilih voucher yang anda nak. Kemudian, isikan butir-butir anda seperti dalam arahan.

Sertai sekarang juga di sini : http://www.my-megasalevoucher.com


Iklan Raya Dan Projek Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim


Iklan Raya Dan Projek Iqra' Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Sangat menyentuh hati apabila menonton video iklan raya ini. Mengisahkan Ahmad dan Fizi merupakan anak yatim memulakan perjalanan ke Segamat dan menghadapi pelbagai cabaran balik ke kampung untuk pergi menziarahi pusara ibunya.

Tak dapat dinafikan ramai yang sedih dan menangis dan sebagainya. Adalah lebih baik jika mesej iklan ini difahami sedalam-dalamnya oleh kita.

Projek Iqra Shopping raya 2013

Bantulah mereka yang memerlukannya. Melalui Projek Iqra� akan menganjurkan program tahunan yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.
Dijangka program ini akan melibatkan seramai 133 orang sukarelawan

Rumah Yang Teribat Adalah Tahun Ini Adalah Seperti Berikut
1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,  Puchong (Selangor)
3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)

Terdapat 3 cara bagaimana anda semua boleh menjayakan projek ini: 
1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam .
3. Menyebarkan informasi projek di Facebook dan media sosial yang lain  supaya lebih ramai orang mengetahuinya

Untuk maklumat lanjut bagaimana tuan puan menjayakan Projek Shopping Raya ini boleh layari PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA� SEMALAYSIA di http://www.projekiqra.com/

Halaman Facebook Projek Iqra' https://www.facebook.com/ProjekIqra

Semoga mendapat barakah Allah dari setiap bantuan yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan.

Kadar Zakat Fitrah 2013 di Seluruh Negeri


Kadar Zakat Fitrah 2013 Mengikut Negeri

Kepada para muslimin dan muslimat yang berkemampuan, tunaikanlah rukun Islam yang keempat ini bagi membantu saudara sesama Islam kita yang lebih memerlukan.

Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di masjid atau surau di seluruh negeri termasuk di kompleks membeli belah yang menyediakan Amil Zakat. Pastikan amil zakat mempunyai kad kuasa dan resit bayaran  dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Waktu Membayar Zakat Fitrah
  • Waktu Wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu paling afdal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  • Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu makruh : Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
  • Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal
Syarat Wajib Bayar Zakat Fitrah
  • Islam dan merdeka.
  • Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 
Back to top