Senarai Buffet Ramadhan 2013


Tinggal beberapa hari lagi umat islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan. Berikut Senarai Buffet Ramadhan 2013 yang terdapat di tempat2 utama di Malaysia. Pelbagai tawaran dan hidangan menu berbuka puasa yang menarik disediakan.

Ampang
Johor
Kuala Lumpur
Melaka
N Sembilan
Penang
Perak
PJ
Putrajaya
Selangor
Subang

Bagi anda yang ingin berbuka puasa di Hotel/Restaurant boleh mencari buffet ramadhan yang ditawarkan di restoran dan hotel berdekatan kawasan anda. Selamat menyambut Ramadhan :)

Resepi Biskut M&M


Resepi Biskut M&M

Bahan-bahan
� 260g tepung gandum
� 2 sudu besar tepung jagung
� 1 1/4 sudu kecil baking soda
� 170g butter
� 130g gula kastor� 140g gula perang
� 1 biji telur gred A
� 1 kuning telur
� 1 sudu kecil esen vanila
� 200g M&M

Cara-Cara:
� *Campurkan tepung,tepung jagung dan baking soda.
� Putar butter,gula kastor dan gula perang sampai kembang lebih kurang 3 minit.
� Tambahkan esen vanila,telur dan kuning telur dan putar sebati.
� *Masukkan campuran tepung tadi dan kacau sebati.
� *Buatkan bulat2 dan letakkan diatas loyang yg digris.
� Jangan buat besar2.satu lagi,jarakkan jauh2 sebab dia akan kembang.

Resepi Biskut Tart Nenas Landak


Resepi Biskut Tart Nenas Landak

Bahan bahan

300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor
                                                                             
Cara cara

1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
6.Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada permukaan nya seperti sisik ikan
7Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter
8.Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya

# butter tu dlm suhu biasa saja

Resepi Biskut Chocolate Pretzel


Bahan-Bahan:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

Cara membuatnya: 

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

Resepi Biskut Keracis


Resepi Biskut Keracis

Bahan-bahan

8 Cawan Cornflake
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Kacang Tanah � digoreng tanpa minyak
- Buang kulitnya dan tumbuk sedikit
1 Cawan Kelapa Tin (atau gorengkan kelapa parut tanpa minyak hingga kering)
4 Biji Putih Telur Great A
- Coklat chip sebagai hiasan

Cara-cara membuat Biskut Keracis

1. Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula pasir sedikit demi sedikit.
2. Bila dah agak pekat dan keras ketepikan dahulu
3. Ramas cornflakes dan gaulkan bersama-sama kacang tanah dan kelapa dalam in tadi.
4. Gaulkan adunan putih telur tadi bersama-sama adunan cornflakes sehingga sebati.
5. Letakkan adunan tadi ke dalam dulang pembakar sedikit-sedikit menggunakan sudu.
6. Tekan-tekan adunan menggunakan garpu supaya nipis dan akan garing dan letakkan coklat chip.
7. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan dahulu dengan kepanasan 160�C sehingga masak
8. Simpan dalam bekas kedap udara

Resepi Biskut Comot Coklat


BISKUT COKLAT COMOT

Sumber : Mesra.Net

Bahan-bahan :
2 cawan mentega
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
3 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla
cooking chocolate
sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara-cara : 
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya...dalam 150' - 160' selama 15 - 20 minit @ bergantung pada oven memasing
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

Resepi Biskut Teratai Delima Hati


Resepi Biskut Teratai Delima Hati

Resipi Daripada  Naib Juara Kategori Biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef Pada Tahun 2011 peringkat akhir iaitu Natrah Ismail, 59.

Natrah, peserta paling veteran dari Seberang Jaya, Pulau Pinang telah memenangi cabaran tersebut selepas menambat hati juri .

Bahan-bahan:

160 gram tepung kastard
120 gram tepung Jagung
80 gram tepung gandum
80 gram gula halus
150 gram minyak jagung Daisy
1/4 sudu teh Emplex
1/4 sudu teh vanilin
100 gram serbuk badam
1/4 sudu teh garam

Cara-cara:

1) Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk, mesinkan sebati.

2) Masukkan minyak jagung Daisy dan mesin hingga menjadi doh.

3) Canai adunan dan terapkan acuan bunga teratai.

4) Letakkan adunan dalam acuan mangkuk kecil.

Adunan bunga:

80 gram tepung gandum

30 gram gula ising

30 gram tepung jagung

1/2 sudu teh esen strawberi

Cara-cara:

1) Mesinkan semua bahan-bahan kering, kemudian masukkan minyak jagung Daisy.

2) Gaul hingga sebati dan lembut.

3) Dengan menggunakan nozel samperit, paipkan adunan di atas adunan bentuk teratai tadi.

4) Panaskan ketuhar 160 Celcius bakar antara 15 hingga 20 minit sehingga biskut masak.

Dipetik dari http://www.kosmo.com.my


Back to top