Resepi Biskut Angry Bird



Biskut Raya Angry Bird

Bahan-bahan
130gm mentega (saya guna brand Farm Cow)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
120gm tepung gandum
30gm tepung kanji
50gm tepung beras
1 sudu teh pes strawberi
Biji bijan hitam (secukupnya)
Pewarna coklat dan toothpicks
Gula-gula hiasan bentuk hati (secukupnya)

Cara-cara
1.  Tepung gandum, tepung kanji dan tepung beras pulut diayak bersama.
2.  Gaul mentega, gula aising dan kuning telur hingga sebati dan masukkan tepung tadi.  Uli hingga menjadi doh.
3.  Asingkan 30gm dari doh tadi dan biarkan dengan warna asal.  Doh selebihnya di tambahkan dengan pes strawberi dan uli hingga sebati
4.  Ambil sesudu teh rata doh berwarna (saya gunakan sudu sukatan cecair khas), bentukkan kepada segitiga..
5.  Bakar biskut dengan kepanasan 120�C selama 20-25 minit.  Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Lapis Cheese



BISKUT LAPIS CHEESE 

BAHANYA2 :)

250gm cream cheese(jenama apa pun) - saye guna Tatura
1/2 tin susu pekat manis yg tinggi tu...
1 bungkus/paket biskut saltcheese - Aida guna dlm 1 1/2 bungkus cukup2 nak abiskan cream cheese dan tebalnya pun cantikkkkk...
nestum/oat seckupnya... saye guna nestum

Cara2nya 

Cream cheese yg di biar suhu bilik pukul dgn susu sampai sebati....
1)susun biskut cheese tu dlm bekas yg di lapik plastik atau aluminium foil....
2)ratakan cheese atas biskut td....
3)taburkan nestum/oat td...
4)ulang lagi....proses dgn menyusun biskut td dan sapu cheese...
5,6)setiap lapis tabur oat atau nestum utk rasa yg lebih umphhh...
ulang proses sampai habis...
7)bila dh habis...sejukkan dlm esbok semalaman...
8)boleh di potong utk di mkn....
selamat mencuba ye...dan jom layannnnn

Resepi Biskut Donut



Biskut Donut Istimewa

Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplek

Bahan B
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm nestum (dikisar)
3 sudu besar susu tepung

Hiasan : Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand

Cara -cara :

1.  Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga menjadi doh.
2.  Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan.
3.  Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manik warna warni.
4.  Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.

Resepi Biskut White Truffle



Biskut Truffle Coklat Putih

Bahan A
160gm mentega
1/8 teh esen vanilla
60gm gula aising
secubit garam

Bahan B (diayak bersama)
180gm tepung gandum
10gm serbuk koko
25gm tepung jagung
15gm tepung kentang
1 1/2 sudu besar susu tepung
1/8 sudu teh serbuk penaik
50gm kacang tanah (panggang dan dikisar halus)

Bahan C
90 biji kacang - panggang (utk dimasuk ke dlm doh)

Hiasan : Coklat masakan putih, coklat rice berwarna, dan cwn kertas.

Cara-cara:
1. Pukul bahan-bahan A sehingga ringan dan berkrim.
2. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sebiji kacang yg telah dipanggang dan salut dgn doh menjadi bulat membujur.
4. Susun didlm loyang pembakar dan bakar pd suhu 150c selama 15 minit.
5. Sejukkan. celupkan biskut ke dalam coklat masakan dan masukkan ke dalam cwn kertas, taburkan coklat rice utk hiasan.

Resepi Kerepek Ubi Kentang




Bahan-bahan:
2kg ubi kentang
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
2-3 camb pes cili - kalau nak pedas boleh tambah
2 cawan (450gm) gula pasir
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam secukup rasa

cara:

  • kupas ubi kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. pastikan minyak yang banyak
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sementara itu panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan pes cili, gula dan air asam jawa
  • jerang semua bahan sos sehingga mendidih dan pekat serta hampir kering
  • kemudian barulah dimasukkan ubi kentang goreng tadi dan kacau tanpa henti sehingga bersalut elok
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

note: sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walaup disimpan lama. boleh jugak dikurangkan sedikit gula jika tidak mahu manis atau tambah cili pes
Back to top