Resepi Biskut Sampan






Bahan-bahan
125 gram mentega
75 gram gula halus
2 biji kuning telur
200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)1 sudu teh esen vanilla


Inti:
1/2 cawan kismis hitam @ campuran buah kering
1 cawan kelapa kering
10 biji ceri merah-potong kecil
10 biji ceri hijau-potong kecil1/2 cawan susu pekat


Cara
Satukan mentega dan gula,pukul hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul tepung sedikit demi sedikit.
Untuk inti, gaul semua bahan-bahan kecuali ceri.
Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan sampan. Tekan dengan jari.Kemudian masukkan inti.Letakkan ceri merah dan ceri hijau ke atasnya dan bakar hingga masak.



Senarai Promosi Buffet Ramadhan 2012



Ramadhan 2012 sudah menghampiri kita semua. Ramai diantara kita sudah mula mencari tempat yang menarik untuk berbuka puasa di hotel/restoran. Di ramadhanbuffet.blogspot.com, anda dapat mencari senarai buffet ramadhan 2012 di Malaysia.

Banyak hotel dan restoran yang memberikan pakej promosi menarik untuk anda seisi keluarga, terutamanya yang berada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Putrajaya, Shah Alam ,Johor Bahru dan lain-lain lagi.

Untuk mendapatkan senarai hotel dan restoran yang menyediakan buffet ramadhan 2012 , anda bolehla selalu berkunjung ke blog ramadhanbuffet.blogspot.com.

Resepi Biskut Bola Kristal




Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
6. Simpan dalam balang kedap udara.

Resepi Kek Keju Coklat Baldu



Bahan-bahan

1 cawan Biskut Vanila Hancur
� cawan Kacang Pekan yang Dicincang
3 sudu besar Gula Kasar
� cawan Marjerin yang dicairkan
16 oz Keju krim yang dilembutkan
� cawan padat Gula Perang
2 biji Telur Besar
6 oz Cip Coklat Separa Manis yang Dicairkan
2 sudu besar susu
� sudu teh pati badam
2 cawan Krim Masam
2 sudu besar Gula Kasar

Cara-cara


Adun biskut hancur, kacang pekan, gula kasar dan marjerin; ratakan dan tekan  pada dasar acuan springform 9 inci. Bakar pada 325�F selama 10 minit. Adun  keju krim dan gula perang dengan pengadun elektrik pada kelajuan sederhana  sehingga rata. Tambah telur satu per satu, diadun rata selepas setiap 
tambahan. Masukkan coklat dan 2 sudu besar susu dan � sudu teh pati badam;  tuang ke dalam kulit. Bakar pada 325�F selama 35 minit. Tambah suhu ketuhar  kepada 425�F. Adun krim masam dan gula kasar; perlahan-lahan tuangkan  atas kek keju. Bakar pada 425�F selama 10 minit. Longgarkan kek daripada 
tepi acuan; biarkan sejuk sebelum menanggalkan kek  daripada acuan.  Dinginkan.  

Resepi Biskut Raya Tanpa Bakar



Resepi ni sangat senang..rasanya ramai kaum ibu yang tahu...iaitu coklat+cornflakes/bertih beras. Caranya sangat senang..Cuma anda perlu beli coklat buku (bukan coklat masak yg dijual di pasaraya) di kedai menjual bahan2 buat kek/biskut. Contohnya kalau di KL ni (pusat bandar), Kedai Bake With Yen, Lrg Hj Taib. Boleh kata semua kaum wanita pi sana beli... Saya pun pergi juga untuk beli bahan buat pizza dan biskut. Cornflakes/bertih beras pun ada dijual siap..murah sikit jika dibanding di pasaraya.

Cairkan coklat yg telah diparut - 250gm. (double boil). Isi air (1/4)dlm bekas tahan panas dan jerang atas api. Coklat yg telah diparut tadi letak dlm bekas lain yg berasingan dan lebih kecil drp bekas isi air tadi dan letak atas air dlm bekas air tadi dan kacau hingga coklat cair. Dah cair, tutup api dan angkat bekas coklat tu.


Kemudian letakkan cornflakes/bertih sedikit2 dan pastikan jgn terlalu banyak nanti coklat tak lekat kat cornflakes. Boleh juga dicampur buah badam (yg telah diblend kasar - pun dah ada dijual) goreng tanpa minyak dulu. Juga boleh dicampur kismis. Masukkan dalam cup yang comel2 tu yg pelbagai warna dan corak. Kanak2 pasti sukakannya termasuk mak budak..

Itulah yang saya selalu buat utk makan2..caranya cepat. Dalam masa sejam siap hampir 100 cups.

 Selamat Menyambut Hari raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba..

Resepi Biskut Raya Tanpa Telur




Resepi Biskut Raya Tanpa Telur


Resepi Biskut Gajus Tanpa Telur


Bahan2nya

250gram butter (saya guna golden churn yg sejuk tu, bukan dlm tin)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula halus (castor / icing)
1/2 cawan brown sugar - boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 cawan gajus - kisar halus
1/2 cawan tepung jagung
2n1/2 cawan tepung gandum
manik / biji gajus utk hiasan

Cara2nya


Gaul rata semua jenis tepung bersama2 kacang gajus ketepikan, dalam mangkuk lain kacau sebati semua jenis gula bersama butter dan esen vanilla hingga lembut dan sebati masukkan tepung gaul dan ramas (bukan uli ek) bila dah sebati, canai ikut ketebalan yg diingini dan terap gunakan acuan pilihan hiaskan ikut suka dan bakar saya gunakan suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 10 - 15 minit ikut oven memasing. dah siap rasanya mmg tak dinafikan sedap giler.

Resepi Kuih Lenggang




Bahan-bahan :

Untuk Kulit:

115 gram tepung serbaguna

300 ml air

Garam secukup rasa

3 helai daun pandan

1 biji telur

Sedikit pewarna hijau

Minyak untuk melengser kuali

Inti:

125 gram gula merah / gula melaka (Wlily guna Tate Lyle jer)

1 camca besar gula pasir (sukatan sebenarnya ikut tahap kemanisan masing2)

4 camca besar air

1 mangkuk kelapa parut (agak agak pun boleh)

1 camca besar mentega

Garam secukup rasa

1/2 camca teh tepung ubi dicampur 1 camca besar air

Cara Membuat:


1. Ayak tepung dan garam.

2. Blend daun pandan dan campur air. Tapis dan perah untuk dapat jus pandan. (Sapa yang nak lagi senang, guna jer Pandan emulco, tapi wangi nye tak sama lah ye). Tambah sedikit pewarna hijau.

3. Buat lubang ditengah tepung, masukkan telur dan separuh jus pandan. Kacau dengan seduk kayu sehingga adunan tidak bergentel. Pukul selama 5 minit, masukkan baki jus pandan. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan selama 20 minit.

4. Untuk inti - larutkan gula merah dan gula pasir bersama air dalam kuali, masukkan kelapa parut dan garam. Kacau atas api sederhana sehingga agak kering. Bubuh mentega dan campuran tepung ubi agar intinya bersatu. Angkat dan ketepikan.

5. Lengserkan sedikit minyak di dalam kuali (lebih elok jika lengser dengan daun pandan). Tuangkan sedikit batter ke dalam kuali - bentukkan bulatan nipis seperti pancake. Biar sehingga bahagian bawah keperangan. Angkat dan ketepikan. Isikan dengan inti (bahagian dalam atau bahagian tidak perang) - gulung dengan kemas. Ulangi sehingga batter anda habis.

Resepi Kuih Puteri Mandi




BAHAN-BAHAN:

1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

INTI:

Sebiji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.

2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.

3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.

4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.

5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut.
Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.

6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.

Resepi Kuih Penyaram



BAHAN-BAHAN:

1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula pasir
200 gm gula melaka
500 ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIA�KAN:

1) Ayak tepung beras bersama tepung gandum.
2) Masukkan gula pasir dan gaul rata.
3) Masukkan gula melaka yang sudah dibancuh dengan air dan tapis.
4) Gaul bersama tepung tadi. Gaul rata.

5) Biarkan selama 6 hingga 8 jam barulah digoreng.
 
Back to top