Resepi Kacang Tanah Goreng Pedas



Kacang Tanah Goreng Pedas  
Kiriman: SHR, Brunei
Sumber: mama

Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah (goreng awal)
3 ulas bwg merah (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
garam
ajinomoto
2 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ikan bilis kering (goreng awal)

Cara:
panaskan minyak. tumis bwg merah dan putih sehingga keluar minyak.kemudian tumiskan lada dan masukkan gula. kacau sehingga keluar minyak dan kental kerana gula. jika kurang kental tambah sedikit gula lagi. kemudian masukkan kacang goreng gaul rata lagi dan masukkan ikan bilis dan sos cili. gaul dan akhir sekali masukkan bahan perasa garam dan ajinomoto.
Cadangan Hidangan:
toskan minyak dan sejukkan kacang sebelum di masukkan kedalam bekas kedap udara.

Resepi Kerepek Ubi Pedas




Bahan-Bahan:

1 kg ubi kayu
6 biji cili merah
30 sen udang kering
5 labu bawang merah
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:

Ubi kayu dibersihkan dan dilayang nipis-nipis. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ubi yang telah dilayang tadi hingga garing. Gorenglah hingga selesai semuanya. Cili, bawang dan udang kering digiling halus. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan cili tadi hingga garing. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Setelah itu, sesuaikan rasanya. Akhir sekali, masukkan kerepek ubi tadi lalu kacau hingga rata dan angkat.

Resepi Kerepek Bawang



Bahan-bahan Resepi

Untuk doh bawang:
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya
Untuk doh margerine:
1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara

Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering . Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.
Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.
Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.

Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.

Resepi Kuih Gunting



Kerepek Gunting / Kuih Gunting 

1 cawan tepung gandum
4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2�)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara

- Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
- Tuang bahan kisar kedalam tepung
- Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
- Masukkan air sedikit demi sedikit�.sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
- Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2�& panjang.
- Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
- Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
- Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
- Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
- Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
- Siap untuk dimakan

Download 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia



Dapatkan e-book 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia sebagai rujukan dan panduan disamping memberi idea kepada anda untuk menyediakan hidangan minum pagi, minum petang, majlis keramaian atau bila-bila masa yang anda perlukan.

Di dalam e-book ini terdapat 100 kompilasi resepi masakan kuih-muih yang popular di Malaysia Ebook kompilasi 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia adalah dalam format pdf dan boleh dilihat serta dicetak dari mana-mana komputer. Apa yang anda perlukan hanyalah perisian Adobe Reader. Download sekarang�

Resipi Kuih Ros




Bahan-bahan:

600 gm tepung beras
4 cawan santan
2 sudu teh garam
Sebiji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan bancuhkan ia. Panaskan minyak di dalam kuali dan rendam acuan lebih kurang seminit agar bancuhan tak melekat pada acuan. Angkat acuan dan celupkan ke dalam adunan, angkat semula acuan dan gorengkan. Tanggalkan adunan daripada acuan di dalam kuali. Goreng sehingga garing kekuningan, angkat dan tuskan.

Resipi Rempeyek




Bahan-bahan

2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Bersihkan dan toskan kacang tanah. Bancuh tepung beras bersama-sama bahan lain. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan tempeyek tadi

Resipi Kuih Siput




Bahan-bahan

1kg tepung gandum
300gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
5 sudu makan serbuk kari
1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
Garam secukup rasa

Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan kecuali margerin dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukan margerin tadi dan uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.

Cubit doh sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput.

Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

Resipi Kuih Bangkit




Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 biji kelapa (diambil pati santannya)
5 biji telur ayam
1 paket tepung sagu
Sedikit serbuk penaik

Cara-cara:

Ayak tepung gandum, tepung sagu serta serbuk penaik kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan, telur & gula dan dipukul sehingga kembang. Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Terapkan dengan acuan. Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak.

Resepi Cupcake Pelangi



Bahan-bahan :

280 gm Mentega
280 gm Tepung berserbuk penaik
260 gm gm Gula kaster
50 ml Susu sejat
5 biji Telur gred A
1 sudu teh Esen vanila
Sedikit Oren Emulco, Coklat emulco, pewarna merah jambu, hijau.


Method :

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Kemudian masukkan susu.
5. Masukkan esen vanila. Pukul hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan merah jambu, hijau, coklat emulco dan oren emulco.
7. Tuang sedikit demi sedikit berselang-seli warna kedalam acuan dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Resepi Kuih Seri Muka



Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara


Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
Back to top