Resepi Kuih Buah Rotan



Bahan-Bahan- sumber resepi  oleh Fatimah Isa

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)


Cara-caranya

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.

Resepi Kuih Tahi Itik



Kuih tahi itik memang popular di negeri pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari putih telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut citarasa pembuatnya.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya:

Bahan-bahan
10 biji putih telur itik
500ml santan kelapa
500gm gula pasir
100gm tepung pulut
200gm tepung beras

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri.

Cubalah sendiri!!

Resepi Kuih Raya 2012



Bagi yang ada kemahiran membuat kuih raya tu, mestilah buat sendiri kan? Tanpa kuih bahulu, kuih siput, kuih buah rotan dan sebagainya. Nampaknya semua kuih2 ni dah semakin kurang dijual dan kurang dijumpai masa kita beraya kat rumah orang. Berikut resepi kuih raya 2012.

Resepi Kuih Bahulu

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.
Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven

Resepi Kek Batik Jawa



KEK BATIK JAWA

Bahan:

250 gram biskut marie dipecah2kan
45 gram nestum
170 gram mentega
45 gram milo
170 gram air
10 gram serbuk koko
100 gram susu manis
4 biji telur
70 gram gula
1 sudu ten vanilla
(Sedikit kacang goreng ditumbuk kasar tambahan drku)

Cara:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukan telur dan pukul lagi
2. susu koko milo nestum dan air disatukan masukan mentega dan vanilla kacau sebati.
3. masak diatas api sederhana selama 20 minit masukkan biskut kacau lagi sebingga sebati.
4. masukkan dlm loyang dan mampatkan sejukkan dlm petiais

Resepi Kek Lobak



Bahan-bahan;

1 cwn (100 gms) pecan/walnut - dibakar & dicincang kasar
2 1/2 cwn (340 gms) carrot mentah - diparut halus
2 cwn (280 gms) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cwn (300 gms) gula halus ( yat guna 1 cawan jek) - sama dgn yatt guna 1 cwn je
1 cwn (240 ml) minyak sayur (yatt guna minyak jagung)
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren sunkist(yatt tambah yang ni) - saya tak letak ni

Note: kalau nk kek lebih lembab, buleh bubuh 1/2 cwn nanas dihancurkan (sejat dulu air dia yer) or applesouce ke dlm adunan, tp kene tambah masa time bakar nnti.

Cara:

Panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega. ketepikan... bakar kacang lebih kurang 8 min pastu sejukkan...then cincang kasar2..ketepikan. kikis kulit carrot & parut halus2...ketepikan. ,dlm mangkuk besar, satukan tepung, serbuk kayu manis, garam, baking soda & baking powder...gaul sebati, ketepikan. amik mixture, pukul telur sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh gula sikit2...pukul lg sampai pekat & putih (dlm 3-4 min). pastu tambahkan minyak dlm adunan, pukul lg....tambah vanilla pulak...pukul...last sekali bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati. guna spatula/senduk...masukkan carrot & kacang, gaul skit sume bg rata. siap bubuh dlm tin/loyang pembakar...masuk oven selama 45- 1 jam.

Back to top