Resepi Kuih Koci



Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

1. UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

5. Kemudian lipat seperti biasa.

6. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba..

Resepi Cupcake Velvet




Resepi Red Velvet Cup Cakes 
( sumber : Citarasawan )

Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)


Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang


Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu. 5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8-10 minit. Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.

Resepi Cupcake Strawberry

Bahan-bahan

360gm tepung gandum
240gm Buttercup
160gm gula
4 biji telur gred B
6 biji buah Strawberry (dipotong kecil-kecil)
2 sudu teh serbuk penaik Royal
290ml susu segar Dutch Lady
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh pewarna pink

Cara-cara
1.Panaskan ketuhar pada 140�C, pusingkan timer ke 10 minit.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik sebanyak 2 kali.
?3.Pukul Buttercup dan gula hingga gebu.
4.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Pukul telur guna kelajuan minima sahaja..
?5.Selang-seli masukkan tepung dan susu segar.  Gaul hingga adunan sebati. Masukkan tepung dan susu selang seli
???????????6.Masukkan potongan buah strawberry, pes dan pewarna sekaligus dan gaul hingga rata.
?Masukkan potongan strawberry, pes dan pewarna sekali gus..guna spatula pon boleh
??7.  Sediakan acuan kertas, sendukkan adunan hingga memenuhi � acuan. Acuan tak perlu digris..Guna acuan kecil pon okey..
8.Bakar dengan kepanasan 140�C, 10-15 minit.  Selamat mencuba..


http://resepimasakanmudah.blogspot.com/

Resepi Cupcake Oren


Bahan-bahan

250gm butter
220gm castor sugar
250gm self raising flour (diayak)
5 biji telur saiz B
1/3 cawan susu cair (air soya pun boleh)
1/2 cawan sunquick oren
1 sk esen oren

Cara-cara

1. Dipukul butter and gula hingga kembang

2. Masukan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.

3. Masukan tepung dan digaul (guna sudu besar) sedikit demi sedikit.

4. Campurkan esen oren, susu cair dan sunquick oren dan di gaulkan sebati.

5. Panaskan oven pada suhu 160 C.

6. Tuangkan adunan kepada acuan dan dibakar selama 17 hingga 20 minit.

Resepi Cupcake Vanilla


Bahan-bahan ( sekeluarga, kalau mini dalam 80 pcs, kalau saiz m dalam kurang lebih 20 pcs )

1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan susu (segar atau uht)
2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200 darjah celcius.

2. Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.

4. Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.

5. Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.

6. 25 minit kemudian, inilah hasilnya, tapi ni versi saiz medium, dan adunan dicampur vanilla dan coklat.

7. Cupcakes ini boleh juga dihiasi mewah macam cupcakes yang lain.
Back to top