Resepi Kek Lapis Sarawak



Bahan-bahan ( 81/2 x 8/12 inci )

BAHAN A (dalam kek)

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet


BAHAN B (dalam kek)

200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair
Cara-cara

CARA UTK MEMBUAT DLM KEK

1. Pukul Bahan B hingga sebati.
2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning.
4. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.
5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. 6. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu.

CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK

1. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

Resepi Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Bahan- bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7?x7? dan perap adunan selama 3 � 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 � 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).

Resepi Kek Batik Coklat


Resipi Kek Batik Coklat

200 gm digestive biscuits atau biskut marie
100 gm butter
250-300 gm milk chocolate
200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
80 gm badam yg dibakar
80 gm walnut yang dibakar

Cara-caranya

1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kami gunakan loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan kek bila dah keras.
5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong

Resepi Puding Roti Istimewa


BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter - cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50gram)
235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)

CARA-CARA
1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.

2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.

3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.

4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.

5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.

6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..

Resepi Biskut Sesame Squares



Bahan A:

250 gm mentega
50 gm lemak sayuran (Crisco)
200 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:

140 gm kacang cincang
60 gm bijan - digoreng tanpa minyak

Bahan C:

280 gm tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
60 gm tepung jagung

Cara menyediakan:

1. Pukul bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan pula bahan B dan pukul lagi.
3. Ayak bahan C ke dalam adunan tadi dan gaul rata
4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Canai doh dan potong empat persegi.
6. Golekkan ke dalam bijan dan susun dalam dulang pembakar.
7. Bakar dengan suhu 130 darjah selsius selama 20 minit.
Back to top