Resepi Biskut Wafer Coklat



Bahan-Bahan:
100 gm coklat masakan
750 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
� sudu teh soda bikarbonat
� sudu teh garam 185 gm garam
185 gm gula perang
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara:
Pukul mentega, gula, telur dan vanila hingga kembang. Masukkan coklat cair dan gaulkan tepung, serbuk penaik, soda dan garam hingga sebati. Bentukkan sebesar guli dan golekkan dalam gula castor. Bakar hingga masak dan sejukkan dahuku sebelum disimpan.

Resepi Biskut Gula Kipas



Bahan-Bahan:
375 g mentega
500 g gula
4 biji telur
1 camca teh esen vanila 700 g tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh garam
Sedikit gula yang diwarnakan atau hiasan lain

Cara:
Pukul mentega bersama gula sehingga berkrim. Masukkan telur dan vanila. Pukul sehingga rata. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. Gaul sehingga rata. Tutup dan simpan adunan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam (atau semalaman). Tabur gula yang diwarnakan atau bahan hiasan lain. Panaskan ketuhar pada suhu 200'C. Canai adunan setebal 1 cm. Terapkan mengikut bentuk kipas. Lengserkan dulang bakar dengan mentega dan atur biskut. Bakar lebih kurang 6-8 minit.

Resepi Biskut Bintang Kejora


BAHAN-BAHANNYA :

110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising*
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :

Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :

Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.

Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.

Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua...

Resepi Biskut Snowy


Bahan:

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 � 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) � 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray � atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap.

Cara Menyediakannya:

1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Msukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung spai sebati. Jika adunan masih
tak boleh dicanai & terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap & bakar dgn api sederhana - dlm 170'c selama 10-15 minit.
5. Bila dah masak sira dgn susu Nespray.Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

tudung online
Back to top