Resepi Biskut Lamington


BAHAN-BAHAN

200 gm coklat masakan
125 gm mentega
� cawan gula perang
1 biji telur 1 � cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
� cawan kelapa parut kering

Cara:

1. Cairkan coklat, mentega dan gula perang di atas api perlahan. Sejukkan.
2. Masukkan telur, tepung yang diayak bersama serbuk penaik. Putar hingga adunan.
3. Bungkus adunan dan simpan dingin di dalam peti sejuk 30 minit.
4. Keluarkan, ambil secamca besar adunan, bentukkan bulat dan salut dengan kelapa parut kering. Bakar selama 15 minit pada suhu 125 darjah Celcius.

Resepi Biskut Suji Royal Brunei


BAHAN-BAHANNYA :

200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :

Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :

1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
2. Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
3. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasa.
5. Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil dan

Resepi Biskut Bright Eye Susan



Bahan-bahan ( dlm 80biji )

260gm tepung gandum *
1/2 tsp baking powder *
secubit garam *
250gm butter
125gm gula castor
1 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur

HIASAN:

1 biji putih telur,almond nibs(x perlu dipanggang) & jem strawberry secukupnya.........

Cara-cara

1. ayak bhn2 yg bertanda * & ketepikan.
2. pukul butter & gula hingga sebati.
3. masukkan kuning telur & terus kacau.
4. masukkan esen vanilla & terus kacau.
5. kaup balikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit sehingga menjadi doh yg lembut.
6. sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk bentuk yg sama).
7. celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm almond nibs.
8. susun biskut dlm dulang & buatkan lubang tengah & paipkan jem kedlm lubang(guna jari @ hujung senduk 9. kayu buat lubang ditengah2 biskut)
10. bakar suhu oven 200c selama 10 minit @ sehingga masak.ikut suhu oven masing2.

Resepi Biskut Jakarta



Bahan-bahan:

250 gm butter -  jenama Devondale, SCS pun OK jugak. Kalau takde jenama Churn tu pun sedap.
3/4 cwn gula castor
1 -2 sudu lemak sayur - sy letak 1 1/2 je, itu pun dah cukup rangup dah
1 cawan tepung ubi
tepung gandum secukupnya - sy guna low protein flour (khas untuk biskut)

Bahan-bahan inti :

Kelapa kering - saya guna jenama King ( guna 100 gm je, kalau nak lebih kelapa lebihkan sedikit pun takpe)
2 sudu tepung gandum
1/2 cwn gula castor
1 biji putih telur

Bahan hiasan:

Ceri merah atau hijau - ikut suka

Cara2:

1. Pukul seketika butter dan gula. Pukul sekadar ia sebati je.
2. Masukkan lemak sayur dan gaul rata.
3. Masukkan tepung ubi berselang seli ngan tepung gandum.
4. Uli doh hingga tiada tepung yg melekat di mangkuk.
5. Rehatkan doh seketika.
6. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan seperti diatas dan masukkan kedalam paper cup .
7. Untuk inti tadi - pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum diikuti dengan kelapa. Gaul rata. Masukkan ke dalam adunan yg telah dibentuk tadi seperti gambar di atas.
8. Bakar pada suhu 150 - 160 c menggunakan api atas & bwh pada 5 minit pertama dan seterusnya api bawah sahaja. Ini untuk mengelakkan kelapa tadi cepat hangus

Resepi Biskut Coklat Zebra Daisy


Saiz Hidangan 42-50 Keping
Masa penyediaan: 1 Jam

Bahan-bahan A.

60gm Tepung Suji
70gm Gula kastor
120gm Tepung gandum
160gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Sudu kecil bikarbonat
1 sudu besar susu tepung

Campur: B
120-130gm Minyak Jagung Daisy
1/2 sudu kecil garam
60gm Badam biji

Hiasan
100gm coklat masakan
100gm coklat putih masakan

Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar 1 minit.
- Adunan biskut dileperkan sebesar duit 50 sen dan diletakkan ditengahnya dengan badam biji, kemudian di bentuk menjadi bujur.
- bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c
- Biarkan biskut tadi sejuk.
- Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan
- Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.
-Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.
-Siap untuk di hidang

Resepi Biskut Cerelac


Bahan:

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600-800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448g
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) � 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Cerelac (perisa susu) / Susu nespray

Cara-cara:

1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak payah bakar sampai kekuningan.

Resepi Biskut Belinjau


Bahan-bahan ( 70 - 80 keping )

175 g keropok belinjau yang telah digoreng dan dihancurkan kasar2
100 g mentega
60 g gula pasir
2 sb madu
mangkuk kertas yg kecil secukupnya

Cara-cara

1. Satukan mentega,gula dan madu di dlm kuali.Kacau.
2. Masak di atas api sederhana panas hingga gula larut.
3. Masukkan pula keropok belinjau dan gaul hingga sebati.Matikan api.
4. Bubuh adunan belinjau di dlm mangkuk2 kertas.Buat hingga habis dan susun kan diatas dulang pembakar.
5. Bakar selama 8-10 min atau hingga keperangan.
6. Sejukkan belinjau madu di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara.

Resepi Biskut Amor Aiskrim



Bahan-Bahan:

250g butter
100g gula
30g shortening
240g tepung gandum
50g tepung jagung
30g tepung kentang
40g tepung kastad
�c.teh baking powder
sedikit esen mangga/vanila

Hiasan:

coklat masak
manik bintang
telur kuning

Cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. masukkan shortening dan esen mangga/vanilla. Kacau serata.
3. campurkan semua tepung dan baking powder.
4. masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
5. jika adunan tadi lembik, masukkan sedikit tepung jagung,jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak ragup
6. uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.
7. setelah setelah dicanai,guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur diatas doh yang telah dicanai.
8. tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk ais krim. kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
8. setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.
9. akhir sekali susunkan manik bintang diatas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan untuk jamuan dan minum petang.

Resepi Biskut Ayam


Bahan-Bahan:

100 gm tepung gandum
1 kiub pati ayam
60 gm mentega
100 gm kentang berperisa ayam (potato crips), dihancurkan 1 biji kuning telur
2 camca besar susu segar
1 camca besar susu segar (untuk disapu)
2 camca besar bijan

Cara:

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Gaul dan ramaskan pati ayam bersama mentega hingga rata. Masukkan serbuk kentang, telur dan susu. Uli menjadi doh. Bungkus adunan dengan plastik dan simpan 30 minit di dalam peti sejuk. Kemudian canai doh dan potong segi empat 2 cm. Susun di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Sapu sedikit susu di atas adunan dan tabur bijan. Bakar pada suhu 190'C hingga keperangan.
Back to top