Resepi Biskut Ovaltine



Biskut Ovaltine

Bahan-bahan

125g butter (kalau boleh ambil jenama Buttercup)
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
1 cawan serbuk ovaltine
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

Cara :

Semua jenis tepung disatukan bersama dengan serbuk ovaltine dan gula kastor. Gaul sehingga sebati. Masukkan butter dan pastikan adunan anda menjadi seperti serbuk roti.. masukkan susu sedikit demi sedikit sehinggalah adunan tadi boleh dijadikan doh, pastikan adunan tidak terlampau lembut ataupun keras.

Terap di atas dulang pembakar dan bakarlah dalam oven dengan suhu 180 darjah dan selama lebih kurang 12 minit.

Resepi Biskut Manggis



Bahan-bahan:

250 gram mentega
100 gram gula castor
380 gram tepung gandum, di ayak
3 sudu makan tepung jagung, di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gajus, di bakar
1 biji telur, di kocok utk di sapu atas biskut
Pewarna ungu
Pewarna hijau

Cara membuat:

1. Dengan menggunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar.
2. Masukkan gula, kuning telur dan vanilla. Gaul hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kedua-dua jenis tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga adunan menjadi rata dan sebati.
4. Ambil setengah cawan adunan dan warnakan hijau. Ini untuk membuat tampuk dan tangkai manggis.
5. Lebihan adunan di warnakan ungu.

Resepi Biskut Cereal Blend



Bahan-bahan

125 gm Mentega
100 gm Tepung Gandum - Ayak
100 gm Tepung Jagung - Ayak
200 gm Gula Castor
1 sudu teh serbuk penaik - Ayak
1 sudu teh chocolate paste (emulco)
1/2 cawan nestum
1 biji telur
1/3 kotak mix fruits
Peanut (chopped)

Hiasan
Chocolate cair & nestum

Cara-cara

Gaul semua bahan ayak dgn nestum.. ketepikan... kacau mentega dgn gula castor hingga sebati, masukkan telur.. pukul hingga ringan.. masukkan chocolate paste.. pastu masukkan pula mix fruits dan peanut cincang... kacau rata.. pastu masukkan pula bahan ayak yg telah di gaul dgn nestum... uli sebati... bentukkan bebola.. dan salut dgn nestum.. tekan dgn garpu pastu susun dan bakar... bila dibahagian bawah dan bertukar coklat..hahaa dah masak ler tuh... bila dah sejuk hias dgn coklat cair...

Resepi Biskut Kentang



Bahan-bahannya :

2 cawan tepung kentang
1 cawan gula icing
1 cawan butter
tepung gandum mengikut keperluan

Cara:
1. Adunkan gula icing dan butter hingga kembang.
2. Masukkan tepung kentang hingga sebati.
3. kemudian masukkan tepung gandum sehingga boleh di uli
4. bentukkan bulat-bulat adunan tadi, tekan dan leperkan dengan garpu.
5. Kemudian bakar dengan 180cel. selama 30 minit, biarkan sejuk dan hidangkan

Resepi Biskut Mellow Brownies


Bahan-bahan ( 20x20 cm )

70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko
55g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat

Cara-cara

1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

Respi Biskut Marble Susu Cappucino


Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
6. Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
7. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Resepi Biskut Halia


Bahan-Bahan:

2 � cawan tepung gandum
1 camca teh halia (dikisar)
125 gm mentega 1 cawan gula perang (dikisar)
� cawan air panas
1 camca besar madu

Cara:

1. Satukan semua bahan kecuali air panas dan madu. Gaul ramas hingga menjadi serbuk roti.

2. Lubangkan di tengah-tengah adunan, masukkan air panas dan madu. Gaul lagi hingga sebati dan menjadi adunan lembut.

3. Ambil sejemput adunan, bulatkan dan tekan sedikit sebesar syiling 20 sen. Bakar selama 12 minit pada suhu 125 darjah Celcius.

Resepi Biskut Frambozen Kenari


Bahan-Bahannya :

500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster
Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )

Bahan Taburan :

Badam hiris

Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :

120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :

1.Gula caster dan tepung digaul rata.
2. Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
3. Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
4. Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
6. Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
7. Biskut ini dipotong semasa panas.

Resepi Biskut Matahari


Bahan-Bahan:

1000 gm tepung gandum
800 gm mentega lembut
400 gm gula aising 100 gm kuning telur
Parutan kulit lemon secukupnya
Jem Rasberi

Cara:

Campurkan semua bahan yang disediakan kemudian uli hingga menjadi doh yang lembut. Canaikan adunan setebal 3 mm, terap dengan acuan bulat sebagai lapisan bawah. Untuk bahagian atas terap dengan acuan kecil sehingga mendapat satu gelang. Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Setelah sejuk, lapiskan dengan jem raspberi.

Resepi Biskut Tart Bunga Teratai



Bahan-bahan ( 150 biji )

325g mentega
1 cwn icing sugar
2 biji kuning telor
4 sudu besar kastard
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu tepung
250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem
Cawan kertas kecil

Cara-cara

1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit

Selamat mencuba

Resepi Biskut Bunga Cina



Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

100gm mentega/marjerin
90gm gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai).
8. Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

Resepi Biskut German



BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
125 gram tepung kentang
80 gram tepung halus
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan ( guna 1/2 camca besar ), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar.
3. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit.
5. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Resepi Biskut Batang Buruk



Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:

1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
5. Potong kecil dan goreng.
6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Resepi Biskut Kismis


Bahan-bahan

700 g gula kastor
225 g mentega
225 g telur
700 g tepung kek
4 g serbuk kulit kayu manis
475 g kismis
5 g garam
3 g serbuk penaik


Cara-cara

1. pukul mentega bersama gula da garam sehingga kembang. masukan telur & pukul lagi.
2. masukan tepung kek, serbuk kulit kayu manis & serbuk penaik ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati
3. akhir sekali masukan kismis ke dalam aduan & gaul rata.
4. ambil kertas minyak & balut aduan td sedikit2 & masuk ke dalam peti sejuk lebih kurang 30min.
bakar suhu 170 darjah sehingga masak.

NOTA : kalau nk senang bungkus kecil2. bila bakar jarakkan sikit dr satu sama lain coz biskut ni kembang sedikit.

Nuffnang

Resepi Biskut Red Pearl


Bahan-bahan ( 60-65 biji bergantung pada saiz jemputan )

150g butter, suhu bilik - Tak guna yang mahal macam Golden Churn (katanya dah halal) atau SCS pun takpe, janji wangi dan sedap
150g tepung gandum
75g gula kastor - ku guna gula kasar kisar
60g cornflakes - ku guna Nestle
50g coklat chips
25g almond nibs - kali ni ku guna sliced almonds
1st esen vanila - brand E&G sedap sebab wangi
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).
2. Campurkan semua bahan kering (dan esen vanila) kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).
3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)
4. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.
5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu). Bakar rak tengah, api atas bawah.

Resepi Biskut Luscious Hazelnut Oat



Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening

80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste

Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch kisar
15gm serbuk hazelnut
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine (saya guna tepung gandum)
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras

Hiasan :
Putih telur

Oat
Dark cooking chocolate
Papercup

Cara membuatnya:

1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -1 40 degree selama 30 minit -45 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup

Resepi Biskut Butang


Bahan-bahan:

250gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
300gm mentega
100gm gula aising
200gm coklat butang berwarna warni
2 sudu makan susu segar

Cara memasak:

1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan jagung berselang seli dengan susu segar. Adun sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan adunan ke dalam beg paiping.
4. Paip adunan menggunakan muncung (nozzle) paiping berbentuk bintang di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis.
5. Seterusnya tekankan coklat butang berwarna warni di atasnya.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160�C selama 18 minit.

Resepi Biskut Marble Shortbread


Bahan-bahan:

220gm mentega
70gm gula kastor
250gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras

Bahan Coklat Marble:

200gm coklat masakan
1 sudu teh shortening
50gm coklat putih |untuk hiasan

Cara memasak:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Gaulkan hingga menjadi adunan.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160 C selama 20 minit. Sejukkan.
4. Untuk bahan marble, cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening.
5. Tuangkan ke atas biskut dan ratakan.
6. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dipotong.

Resepi Biskut Udang Kering


Bahan-bahan:

230gm keju parut
240gm mentega
240gm tepung berserbuk penaik (tambah jika perlu)
60gm udang kering (digoreng garing dan dikisar halus)
� sudu teh serbuk lada hitam
Kuning telur sebagai bahan pengilat

Cara memasak:

1. Putar mentega dan masukkan keju. Putar lagi.
2. Selepas itu masukkan tepung berserbuk penaik, udang kering dan serbuk lada hitam. Uli dan jadikan doh lembut.
3. Canai dan terap persegi empat dan kilatkan dengan kuning telur.
4. Atur di atas dulang pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180�C selama 20 minit hingga kekuningan dan garing.
5. Keluarkan dari ketuhar dan hidang.

Resepi Biskut Croquant



Bahan-bahan:

110g mentega
25g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum

Bahan hiasan

kuning telur
croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)


Cara Penyediaan:

1. Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

2. Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

4. Canai adunan msetebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak.

5. Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant.

6. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Popia Nestum


Bahan-bahan:

1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba.

Resepi Biskut Goreng


Bahan-bahan ( 1 orang )

2 sudu besar inti karipap
4 keping biskut cream creker(cap pimpong)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit sos cili
sedikit mayonise
minyak untuk menggoreng
1 sudi besar susu pekat manis

Cara-cara

1. sapukan inti karipap pada sekeping biskut.
2. sekeping lagi letak atas biskut yang diletakkn inti td.ala mcm wt sandwich
3. ulang semula pada biskut yang tinggal
4. pecahkan telur dan pukul
5. masukkan sedikit garan serta susu pekat manis td.pukul lagi(seperti membuat telur dadar)
6. panaskan minyak untuk menggoreng
7. celupkan biskut yang telah diletakkan inti td dan terus goreng.
8. goreng x perlu lame.kembang je telur terus angkat
9. letak pada atas kertas tisu untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan
10. hidang bersama2 sos dan mayonise. cubelah.........

Resepi Biskut Warna-warni Rangup


Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan

Cara membuat:

1. Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata
3. Masukkan tepung jagung dan diuli
4. Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka
5. Sapukan kuning telur di atasnya
6. Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni
7. Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak

Resepi Biskut Coffee Bean


Bahan A

270 gram mentega, dilembutkan
60 gram crisco putih
1 biji telur yang kecil
160 gram gula serbuk
1/2 sudu teh emplex
1 sudu teh butter oil
300 gram tepung Hong Kong, diayak
180 gram tepung gandum, diayak
30 gram tepung jagung
60 gram cornflakes, dikisar halus
90 gram chocolate rice
secukup chocolate coffee bean untuk hiasan

Bahan B

1 biji putih telur
1 1/2 sudu makan jus limau kasturi
310 gram icing sugar atau secukupnya

Cara untuk Bahan A
Mentega, crisco, telur, gula, emplex dan butter oil dipukul dengan "K" beater sehinga rata dan sebati. Masukkan semua tepung, cornflakes dan chocolate rice dan pukul lagi sehingga rata. Perapkan selama 10 minit. Panaskan ketuhar pada 150 darjah C. Ambil sedikit adunan, canai rata dan terap dengan menggunakan acuan bintang lebar 3cm dan satu lagi diterap dengan acuan bintang kecil, lebarnya 1 cm. Atur dalam dulang biskut dan bakar selama 25 - 30 minit atua sehingga garing dan masak. Hiaslah setelah sejuk.

Cara untuk Bahan B
Putih telur dan jus limau dipukul dengan menggunakan "K" beater sehingga rata. Masukkan icing sugar dan pukul lagi sehingga sebati. Semasa hendak digunakan isikan dalam piping bag dan picit.

Cara menghias Biskut
Picitkan sedikit bahan B diatas bintang 3 cm. Kemudian aturkan bintang kecil diatasnya. Picitkan lagi icing diatas bintang kecil dan letakkan sebiji chocolate coffee bean.

Resepi Biskut Kasih



Bahan-bahan

A:
112 butter
25 gula aising
� sudu the vanilla

B:
125 tepung gandum
Secubit garam

C (hiasan)
Gula-gula manik berbentuk hati

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Sapu sedikit dengan telur putih dan hias dengan gula-gula manik berbentuk hati.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.

Resepi Biskut Coklat Swirl



Bahan-bahan

A:
125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys

B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.

1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit

Resepi Biskut Quaker Oats



Bahan-Bahan:

1 tin Quaker Oats (sederhana)
1 tin kelapa parut kering
� sudu baking soda Margerine
1 biji telur ayam
1 cawan gula
Ceri merah & hijau untuk hiasan - potong kiub kecil

Cara:

1. Kelapa parut, baking soda dan quaker oats digaul sebati.

2. Masukkan telur dan gula dan gaul rata.

3. Lembutkan adunan dengan margerine.

4. Ambil sedikit adunan dan dibulatkan seperti guli.

5. Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan dengan ceri.

6. Bakar 10- 15 minit

Resepi Biskut Mama Carey



Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila


Bahan B - di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu

Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan : Coklat emulco / manik hundred thousand

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
5. Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
6. Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.
Back to top