Resepi Biskut Coklat Collata


BAHAN A:

250 gm tepung gandum
75 gm gula aising
110 gm mentega

BAHAN B:
1 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bahan A digaul hingga sebati (menjadi serbuk roti).
2. Masukkan bahan B, gaul hingga menjadi doh. Rehatkan adunan 15 minit, selepas itu, canai�kan doh dan masukkan ke dalam acuan tat yang kecil.
3. Bakar pada suhu 150 0C hingga masak. Apabila masak, sejukkan dan celup biskut ke dalam coklat collata yang telah dicairkan secara double boiler. Hiaskan dengan coklat putih.

BAHAN BISKUT:

BAHAN A:

140 gm mentega
20 gm crisco
40 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cappucino emulco

BAHAN B:

180 gm tepung gandum
Secubit serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
1 sudu kecil susu tepung

BAHAN C:

50 gm coco crunch (kisar halus)
20 gm kacanga tanah (kisar halus)
50 gm coklat urai (kisar halus)

BAHAN HIASAN:

Kacang hazel untuk inti (bakar dan buang kulit) Coklat collata

CARA MENYEDIAKAN:

1. Putar bahan A selama 5 minit. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Rehatkan selama 20 minit, bulat-bulatkan dan masukkan kacang hazel dan bakar hingga masak.
3. Sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat collata dan letakkan atas pastri yang dibentuk seperti kulit tat.

Resepi Biskut Fantasia


BAHAN A:

200 gm mentega
1 sudu besar crisco
70 gm gula kastor
1 sudu kecil mentega emulco

BAHAN B:

30 gm nestum (kisar)
30 gm serbuk badam
20 gm kelapa kering (kisar)
30 gm tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
280 gm tepung gandum
Sedikit garam

BAHAN HIASAN:

Kuning telur
badam

CARA MENYEDAKAN:

1. Putarkan bahan A hingga sebati.
2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
3. Setelah menjadi adunan, canai, terap dan bakar.
4. Hiaskan dengan kuning telur dan badam.

Resepi Biskut Kenari


Bahan :
(base)
10 oz tpg gandum
1.5 oz gula kaster
6 oz butter
badam keping & jem anggur

(topping)
60 gm putih telur = 2 biji putih telur
100 gm gula aising
1 sudu teh tpg jagung

Cara :
1. pukul butter dgn gula hingga kembang / putih...
2. masukkan tepung gandum...
3. canai adunan kedalam loyang bersaiz 9 x 12 x 1 inch...
4. bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan...
5. keluarkan... bila sejuk sikit sapu dgn jem anggur...
6. kemudian tuangkan bahan topping... tabur pula dgn badam cincang...
7. bakar lagi sekali selama 10 minit...
8. tunggu sejuk baru potong biskut... (biskut mudah pecah bila dipotong semasa panas)


Cara buat topping :
campurkan semua bahan didalam bekas yg bersih dan kering...
pukul dgn pemutar guna 'high speed' hingga adunan menjadi putih seperti krim...

Resepi Biskut Green Princess



Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

bahan hiasan :
coklat masakan putih
*saya tambah ngan gula hiasan


Cara-caranya:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.Rehatkan adunan seketika
3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Biskut dah sejuk barulah dihias dengan coklat masakan putih dan gula hiasan mcm aku buat tu...
p/s : tp coklat putih ni dia melengas skit la..dan biskut ni pun lembut dan gebu mcm makmur tu... so kena berhati-hati ketika mengendalikannya.. :)

Resepi Biskut Jantung Hati


Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 cawan kelapa kering dalam tin
1 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur - dipukul hingga kembang
Mentega secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Campurkan kesemua tepung dengan kelapa dan gula.
2. Uli dengan mentega hingga lembut.
3. Masukkan telur, gaul rata dan sebati sehingga membentuk doh.
4. Canai doh terap atau bentuk ikut suka. Bakar hingga masak.

Resepi Biskut Pineapple Flintstone Roll



Bahan A:

120 gm mentega
30 gm lelemak sayuran (crisco)
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar susu manis
50 gm gula aising
1/2 sudu kecil pewarna hijau


Bahan B:

240 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
2 sudu besar bijan
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil emplex

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega, lelemak sayuran dan kuning telur selama tiga minit.
2. Campurkan kesemua bahan B ke dalam bahan A diikuti garam, susu manis, gula aising dan pewarna hijau.
3. Pukul selama dua minit. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
4. Keluarkan dan canai. Terap dengan acuan bulat kecil. Jadikan seperti kelongsong, masukkan inti.
5. Hias dengan ceri merah, sapukan dengan telur dan bakar selama 12 minit pada suhu 175 darjah Celsius.

Bahan Inti:

1 biji limau sunkist - parut kulit dan ambil airnya
2 cawan nanas parut
1 cawan betik parut
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
5 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga

Cara Menyediakan:

1. Masak betik dan nanas hingga kering airnya.
2. Setelah kering, campurkan gula, air limau sunkist dan kulitnya.
3. Gaul rata, campurkan bunga cengkih, pelaga dan kacau hingga kental.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masuk lagi selama sepuluh minit. Angkat dan sejukkan.
5. Gentel kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam adunan tepung.

Resepi Biskut Gajus



Bahan-bahannya:-

200 gram mentega
100 gram gula icing
1 biji telur
5 gram esen vanilla
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus

Cara:-

1.Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla.
3.Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4.Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentukkan seperti gajus.hiaskan sebiji gajus di hujung adunan tadi.Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.

Resepi Biskut Walnut


Bahan-Bahan:

250 g mentega lembut
100 g gula aising
2 camca teh serbuk kopi segera, dibancuh bersama 1 camca besar air
280 g tepung serba guna, diayak 150 g walnut, dihancurkan
50 g serpihan coklat
Acuan cawan kertas secukupnya
Walnut panggang secukupnya

Cara:

1. Putar mentega lembut bersama gula aising hingga ia kembang. Masukkan bancuhan serbuk kopi segera bersama tepung, gaul hingga ia sebati. Masukkan walnut bersama serpihan coklat, gaul hingga ia sebati.

2. Masukkan 1 camca teh adunan di dalam acuan cawan kertas. Bubuh walnut di atas adunan. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C, 15 minit.

Resepi Biskut Koko Rangup



Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )

*50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara

1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.
4. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
5. Bakar selama 25-30 minit.
6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Resepi Biskut Telur Rebus


Bahan-bahan ( anggaran 100 biji lebih.. )

5 biji telor ( di rebus - ambil kuning sahaja - di lecek )
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena ( dalam kotak )
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji kuning telor untuk di sapu diatas biskut
Badam hiris untuk hiasan

Cara-cara

1. Pukul planta bersama gula halus sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila dan telor rebus yang telah di lecek..pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan tepung kastad dan tepong jagung..masukkan pula tepung gandum sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan..
3. Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai..sapu biskut dengan kuning telor dan hias dengan badam hiris.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukkan.

Resepi Biskut Green Lace



Bahan A
120 gram butter
20 gram shortening
80 gram gula kastor
1 sudu teh perasa pandan

Bahan B
140 gram tepung gandum
30 gram tepung arrowroot/tpg sagu (mklang guna tepung ubi)
� sudu teh baking powder
� sudu teh garam
30 gram serbuk biskut marie (putih)
20 gram serbuk hazelnut/gajus (mklang guna hazelnut)

Cara
1. sebatikan semua bahan A
2. masukkan bahan B dan adun sehingga menjadi dough yg lembut
3. canai, terap dan bakar
4. keluarkan dari oven dan hiaskan

Resepi Biskut Coklat Urai


BAHAN � BAHAN :

200 gm tepung gandum
150 gm gula halus
100 gm gula ising
50 gm tepung naik sendiri
50 gm kelapa parut
50 gm coklat urai
1 cawan gajus � dikisar halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula ising hingga berkerim
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata
3. Kemudian masukkan tepung jagung,tepung naik sendiri,asen vanilla,kelapa parut dan coklat urai,taburkan badam dan uli adunan hingga sebati
4. Masukkan adunan kedalam mangkuk kertas dan bakar dalam ketuhar dalam suhu 180c selama 15 minit

SEDIA DIHIDANG

Resepi Biskut Seroja


BAHAN BAHAN;

2 cwn mentega
1/2 cwn gula halus
3 cwn tepung gandum
1 sdk esen Vanilla
1/2 cwn kastad
2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau (untuk tapuk bunga)
sedikit peanut butterIuntuk isi/inti bunga)
taburan manik halus

CARA MEMBUAT:

1. Pukul mentega dgn gula sampai kembang, kuning telur masukkan esen vanilla,
tpg kastad,tpg gandum,gaul jadikan doh(jika lembut tambahkan sedikit tepung,

2. asingkan sedikit adunan untuk tapuk(warnakan hijau)

3. Adunan tadi tambahkan warna kuning,terap acuan bunga 5/6 kelopak,bentukan bunga tu spt dlm gambar,buat tapuk bunga warna hijau,bakar 12-18 minit,bila dah siap bubuh inti peanut butter /jem nenas/ lain2 ikut suka anda dan hias tabur manik halus.

Resepi Biskut Daisy


Bahan-Bahan:

Bahan topping:

160 gm mentega
160 gm tepung gandum
60 gm gula aising
60 gm tepung gandum
2 sudu kecil pes strawberi 250 gm mentega
60 gm gula aising
220 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga manjadi doh. Canai dan terap.
3. Untuk topping, pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan pes strawberi dan tepung.
5. Uli hingga menjadi doh lembut.
6. Masukkan ke dalam nozel dan picitkan ke atas doh yang sudah diterap tadi.

Resepi Biskut Jagung



Bahan-bahan:

90gm gula aising (su guna 70gm shj)
150gm butter @ marjerin
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
170gm tepung gandum
100gm tepung jagung
1/2 tsp baking powder
Jem secukupnya (boleh guna jem strawberi)

Cara-caranya.

1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan baking powder.
2. Pukul gula aising,butter dan telur sehingga sebati.
3. Campurkan esen vanila dan kacau rata.
4. Kemudian campurkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
5. Simpan didalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
6. Bakar 180'C selama 20 minit.
7. Sapukan jem pada biskut ketika ia masih panas dan tangkupkan dua.

Resepi Biskut Buah Kana


Bahan-bahannya:

90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya

Cara-caranya

1. Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh.

2. Kemudian ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung.

3. Ketukkanacuan dan atur biskut atas loyang pembakar yang disapu marjerin.

4. Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak.

5. Biarkan suam dahulu sebelum disapu jem diatas permukaan biskut tadi.Kemudian tangkupkan biskut yang telah disapu jem diatas sekeping lagi biskut.

Resepi Biskut Kurma



Bahan-Bahan :

175 gm mentega
126 gm gula ising
50 gm tepung jagung
75 gm majerin
2 biji kuning telur
30 gm susu tepung
350 gm tepung gandum

Bahan Hiasan :

Kurma
Manik warna
Kuning telur

Cara menyediakannya :

1.Pukul mentega,majerin dan gulasehingga lembut.

2.Masukkan telur,tepung jagung,susu tepung dan gaul sehingga sebati.

3.Akhir sekali masukkan tepung gandum.Jadikan dok dan terapkan dengan bentuk rama-rama.

4.Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan hirisan kurma dan taburkan manik warna untuk lebih menarik.

5.Bakar pada suhu 180oC selam lebih kurang 15 hingga 20 mint.

Resepi Biskut Swiss Star



Bahan-bahan:

250 gm mentega
4 sudu besar gula aising
1 cawan tepung jagung
1 3/4 cawang tepung gandum
1 biji putih telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara Menyediakan:

1. Krim mentega dengan gula hingga putih dan kembang. Masukkan kedua jenis tepung yang sudah diayak bersama esen vanila, gaul rata.

2. Masukkan adunan ke dalam beg paiping menggunakan nozel bintang. Paipkan sedikit adunan ke atas dulang pembakar, ratakan dengan pisau kemudian paip lagi lingkaran mengelilingi dasar biskut, bakar hingga masak.

3. Sejukkan biskut di atas redai dan paikpan jem ditengahnya.

Resepi Biskut Hazelnut



Bahan A

180 gram mentega
90 gram gula halus
1 biji kuning telur
� sudu kecil mentega emulco

Bahan B (ayak)

320 gram tepung gandum superfine
30 gram tepung jagung
30 gram tepung sagu
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

50 gram Nestle almond cluster (kisar)
50 gram biskut cheese cracker (kisar)
1 keping keju cheddar (cincang halus)

Bahan D

Kacang hazel secukupnya (bakar)

Bahan hiasan

Mangkuk kertas
Coklat putih
Sandi sugar

Penyediaan

Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.
Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.
Uli hingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah-tengahnya.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih secara double boiler.
Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk kertas.
Tabur sandi sugar di atasnya.

Resepi Biskut Ulat Bulu



Bahan-bahan

300gm t. gandum
150gm t.jagung
50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray)
180gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula icing
Perisa pandan hijau
Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk)
Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut)

Cara-cara

Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Kalau sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat.

Masukkan kedalam luyang & bakar pada suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..klu sdh letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

Tudung Online

Resepi Biskut Denmark


BISKUT DENMARK

Bahan-Bahan:

2 cawan gula (mklang guna 1� cwn)
1� cawan butter
3 cawan tepung jagung
2� cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur

Icing:

2 kati kacang tanah � sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas.

(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah, buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk)

Cara:

Adunkan butter + gula hingga berkrim �
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati �
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati �
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt � uli hingga menjadi lembut �
Gentel bulat � sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.
- bakar dan sejukkan.
- celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk

Resepi Biskut Kerisik



Bahan-Bahan:

200 gm mentega
200 gm gula halus
1 biji telur
� camca teh esen vanila 100 gm kelapa goreng, dikisar halus (kerisik)
� camca teh serbuk penaik
Tepung berserbuk penaik secukupnya

Cara:

Kacau mentega bersama gula. Masukkan telur, esen vanila, serbuk penaik, kerisik. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Masukkan tepung dan uli dengan tangan hingga lembut. Canai dan terap mengikut suka. Kemudian atur di atas tin pembakar dan bakar pada kepanasan 150 darjah hingga kuning.

Resepi Biskut Kopi



Bahan-Bahan:

250 gm mentega
150 gm gula perang
2 biji kuning telur
1 camca teh serbuk kopi dibancuh dengan sedikit air
125 ml santan
80 gm tepung beras 300 gm tepung serba guna
100 gm tepung atta
80 gm serbuk kacang hazel
2 camca teh esen vanila
2 camca teh serbuk penaik
1 biji kuning telur
� cawan coklat urai

Cara:

Putar mentega bersama gula perang dan kuning telur hingga kembang. Kemudian tuang bancuhan kopi. Putar lagi.

Masukkan santan bersama tepung beras, tepung serba guna, tepung atta, serbuk kacang hazel dan esen vanila. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Canai doh. Terapkan dengan acuan pilihan. Buat hingga habis doh.

Sapu kuning telur ke atas doh dan tabur coklat urai. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.

Resepi Biskut Fancy Ice Cream


Bahan-bahannya

130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20gm serbuk badam

Cara-caranya

Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn pengelek gerigi dan
terap dgn acuan ais krim. dah masak celup dgn coklat hujung nya dan tabus
manik berwarna.

topping

cairkan coklat dlm oven
dan letak minyak masak gaul rata

Resepi Biskut Lemak



Bahan-Bahan:

� cawan lemak sayuran
� cawan mentega
50 gm gula aising
1 biji telur � cawan serbuk santan
235 gm tepung berserbuk penaik
90 gm tepung jagung
3 sudu besar jintan manis

Cara:

Putar lemak sayuran bersama mentega, gula aising dan telur hingga ia sebati.

Masukkan serbuk santan bersama tepung berserbuk penaik, tepung jagung dan jintan manis. Uli adunan hingga menjadi doh.

Canai doh 5 mm tebal. Kemudian potong doh segi empat menyerong. Buat hingga habis adunan. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 minit.

Resepi Biskut Vico



Biskut Vico

Bahan-bahan

100g butter
50g shortening
180g tepung gandum
50g tepung jagung
80g serbuk minuman Vico
80g gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 kuning telur


Cara-cara

-Pukul butter, shortening dan gula hingga sebati.
-Masukkan kuning telur, gaul rata.
-Tambahkan tepung jagung, baking powder dan Vico.
-Sambil uli, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. Jika adunan lembik, biarkan beberapa ketika sebelum diterap.
-Terap ikut bentuk yang diingini dan bakar dengan suhu 160 C selama 10 minit.

Resepi Biskut Puteri Salju



Bahan A

110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi (kalau tak ada..tukar ke vanilla pun boleh)
1/2 bj kuning telur

Bahan B

110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate (akak guna susu tepung jer)
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan

Cara-cara:-

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Nota : adunan skit...jadi nak banyak doublekan yer
Back to top