Resepi Biskut Tiramisu



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

16 keping biskut marie
20g gula halus
100ml air suam
4 sudu kecil Instant coffee
3 biji(L size) telur kuning
25g halus
150g mascarpone cheese
3 biji(L size) telur putih- sejukkan dalam peti ais
25g gula halus
serbuk koko secukupnya

Cara-cara

1. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.

2. Sirap: Campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan
.
3. Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas.
Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yg selebihnya. kacau lagi.

4. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.

5. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.

6. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.

7. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.

8. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.

Resepi Biskut Mazola


Bahan-Bahan:

� 1 cawan minyak mazola
� 1 � cawan tepung gandum (diayak )
� � cawan tepung jagung
� � cawan gula halus
� 1 cawan kacang tumbuk
� 1 sudu teh essen vanilla
� (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

� Kuning telur untuk hiasan
� Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180�C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Peanut Butter

Bahan

125 gm mentega
125 gm peanut butter
75 gm gula
5 gm garam
230 gm tepung kek
10gm soda bikarbonat
sedikit perisa vanila

Cara-cara

1. Ayakkan tepung kek bersam soda bikarbonat

2. Campurkan semua tepung mentega, penut butter, perisa vanila, gula dan garam sekali.

3. Bentukkan aduanan ikut pilihan sendiri.

4. Susunkan atas dulang pembakar dan sapukan telur kuning di atasnya, kemudian bakar api sederhana.

Resepi Biskut Cincin

Bahan-bahan ( lebih dr 100 biji )

12 oz Golden Churn Butter (or lebih terkenal dgn gelaran Mentega Cap Tong)
4 biji Telur (di rebus dan ambil kuning Telur sahaja)
350 gm Tepung Gandum (sukatan bergantung dgn lembut nya adunan biskut)
Gula Icing secukupnya utk di tabur

Cara-cara
1.Kuning telur dilecek2 sehingga hancur. (saya lecek guna garpu)
2.Kemudian telur yg sudah dilecek tadi di gaul bersama butter. blend hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung bergantung kepada lembut nya adunan. masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat.
4.Canai adunan, kemudian terapkan dgn menggunakan acuan biskut cincin.
5.Bakar selama 20minit atau sehinngga masak. kemudian taburkan gula icing.

Resepi Biskut Tat Epal


Bahan-bahan:

250 gm mentega
50 gm gula halus
480 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna hijau dan cengkih secukupnya
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kuning telur - untuk disapu di atas

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut.

2. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti epal, cucukkan cengkih sebagai tangkainya. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius hingga masak.

Bahan Inti Epal Hijau:

5 biji epal hijau - diparut
1.2 cawan gula pasir

* Masak kedua-dua bahan hingga kering.

Resepi Biskut Kuaci


Bahan-bahan:

100 gm mentega
70 gm gula perang
60 gm isi kuaci bunga matahari
130 gm tepung biskut (top)
20 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil pes vanila mentega (butter vanilla paste)
1/2 sudu kecil garam
1 biji kuning telur yang kecil
1/4 sudu kecil emplex (perangup biskut)
100 gm cip coklat

Cara Menyediakan:

1. Dalam bekas mengadun, satukan mentega, gula perang, pes vanila mentega, garam, kuning telur dan emplex. Kacau hingga bercampur rata.

2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, kuaci dan cip coklat. Gaul hingga sebati.

3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 15 ke 20 minit.

Resepi Biskut Pistachio Biscotti


Bahan-bahan ( Untuk 50 keping )

2 biji telur
3/4 gula kastor
1 biji lemon,ambil parutan kulit sahaja
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
2x80g paket kacang pistachios(cincang kasar)
Cara-cara

Panaskan oven dgn suhu 160c.Alaskan baking tray dgn kertas minyak.Dengan mengguna electric mixer,pukul telur,gula dan parutan lemon hingga kembang.Masukan tepung+baking powder dan kacang pistachios,kacau rata.

Uli perlahan doh tersebut hingga betul betul lembut.Bahagikan doh kpd 2 bahagian.Buat kan doh kepada 1 gulungan(26cmx5cm seperti bentuk sausage).Letakan ke atas tray dan tekan perlahan(bagi flat sikit).Bakar hingga 20 minit dan biarkan sejuk.

Panaskan oven semula dgn suhuu 140c.Jika roll tersebut sudah sejuk,potong nipis seperti kepingan biskut sehingga habis..Akhir sekali bakar semula selama 10 minit,hingga biskut garing.Boleh balik2 kan biskut semasa dibakar bg memastikan biskut betul2 garing.Setelah selesai sejukan biskut sebelum simpan dlm air tight container.

Resepi Biskut Viennese


Bahan-Bahan:

240 gm mentega tanpa garam
100 gm gula aising
2 camca teh esen vanila
1 biji telur dipukul 300 gm tepung gandum serba guna
Sedikit jem aprikot
210 gm coklat separuh manis, dicairkan
Sedikit gula aising

Cara:

Pukul mentega, gula aising dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur, kacau rata baru masukkan tepung. Gaul hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam beg pastri dengan muncung bintang berukuran 1.25 cm dan paipkan adunan di atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Bakar 10-12 minit pada suhu 175'C atau hingga kuning.

Apabila biskut masak, angkat dan biarkan ia sejuk baru disapu sedikit jem aprikot. Tangkupkan dua biskut lalu dicelup setengah bahagian biskut ke dalam coklat cair. Susun semula di atas redai baru disimpan di dalam peti sejuk supaya coklat beku. Ayakkan sedikit gula aising pada setengah bahagian lagi biskut sebelum disimpan.

Resepi Biskut Lidah Kucing


Bahan-bahan :

150 gm butter
1/8 tsp garam
90 gm gula icing
1 biji kuning telur
1/2 tsp vanilla
125 gm tepung
10 gm susu tepung
50 gm putih telur - pukul hingga lembut

CARA:

Putar butter,garam dan gula icing hingga putih, masukkan kuning telur dan putar hingga kembang.Masukkan vanila,tepung dan susu tepung, kacau hingga sebati.Masukkan putih telur yg sudah dipukul tadi, kacau hingga sebati.

Pipekan adunan kedlm acuan khas ( finger shape ) dgn menggunakan nozzle no 10.
Bakar pd suhu 150C selama 12 minit kemudian turunkan suhu kpd 100C dan biarkan hingga kekuningan lebih kurang 10 minit...selamat mencuba!!

Resepi Biskut Irish


Bahan-bahan:
A
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee (eryne letak coffee emulco)

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan: kuning telur� sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice

P/S= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.

Cara:
1. Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B.
2. Canai dan terap.
3. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan badam flake dan Choc Rice.
4. Bakar pd suhu 170 selama lebih kurang 15min.

Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar.

Resepi Biskut Sarang Semut


Bahan-bahan :

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan:

Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil

Cara membuat:

1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup)
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180�C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Famous Amos


Bahan-bahan:

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Resepi Biskut Dam


Bahan-bahan untuk BISKUT DAM Putih 

2 biji telur
120 gm susu tepung
1 kg tepung gandum
500 gm mentega
1 sudu teh esen vanila

Coklat 

2 biji telur 20gm serbuk koko
900 gm tepung gandum
300 gm gula aising
500 gm mentega

Cara membuat

1. Gaul sebati semua bahan putih dan ketepikan .
2. Kemudian gaul sebati bahan coklat .
3. Canai yang putih setebal setengah inci begitu juga dengan adunan coklat .
4. Tindihkan 4 lapis berselang seli. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam
5. Keluarkan dan potong , susun berselang - seli.
6. Simpan semula di dalam peti sejuk selama 1 jam lagi.
7. Setelah itu bolehlah dibakar.

Resepi Biskut Badam



Bahan-bahan:

1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
113 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar

Bahan Hiasan:

Kuning telur
Hirisan badam

Cara Menyediakan:

1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.

3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Resepi Biskut Semperit



BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.

5. Terapkan di atas dulang pem�bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

Resepi Biskut Tembikai


Bahan-bahan:

150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups

Cara membuatnya

Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.

Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya) .

Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Resepi Biskut Masam Manis



BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega
150 gm gula perang
50 gm gajus (mesin)
50 gm asam gambir (hancurkan)
1 biji kuning telur
2 sudu makan madu
200 gm tepung gandum

BAHAN HIASAN:

Kuning telur
Gajus

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega, gula, telur dan madu hingga sebati.

2. Masukkan gajus, asam gambir dan tepung gandum, kacau menjadi doh.

3. Terap mengikut cita rasa dan hiaskan.

4. Bakar pada suhu 180 0C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Resepi Biskut Nestum


Bahan-bahan ( lebih 200 biji... )

375 gm mentega
250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn
400 gm tepung gandum
225 gm nestum
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat masakan...utk hiasan je....tak letak pon takpela..
Ceri dipotong kecil2..saya saje tambah ni
paper cup secukupnya

Cara-cara

1. Pukul mentega & gula perang hingga kembang.
2. Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh akan jd berderai mcm serbuk gitu)
3. Bentukkan..saya kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat
4. Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...sejukkan sebelum di hias
5. Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan, paipkan atas biskut..(saya boh dalam plastik, gunting buat lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka lah yea..
6. Simpan dalam bekas kedap udara..biskut ni rangup & kurang manis, resepi asalnya dibentukkan ikut suka..selamat mencuba
7. Saya buat separuh adunan & dapat lebih kurang 170 biji biskut

Resepi Biskut Kacang Tanah



Bahan-bahan ( 100 biji )

1 gelas marjerin
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung jagung
1 gelas kacang tanah (dikisar)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1. pukul marjerin dan gula sampai kembang
2. masukkan telur. kacau hingga rata
3. masukkan tepung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila. kacau hingga sebati
4. jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk dicanai.
5. canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda.
6. sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah diterap.
7. bakar 180C selama 15-20 minit

Resepi Biskut Epal


BAHAN-BAHAN:

220 gm tepung gandum
200 gm tepung jagung
200 gm coklat urai
80 gm kelapa kering
1/8 sudu kecil esen epal
250 gm mentega
170 gm gula
4 biji kuning telur
2 biji kuning telur ( untuk hiasan )
Coklat urai dan kelapa kering ( untuk hiasan )

CARA:

1) Adunkan gula, metega, esen epal dan kuning telur hingga sebati.
2) Tepung gandum dan tepung jagung dicampur hingga rata kemudian dimasukkan sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati.
3) Masukkan coklat urai dan kelapa kering kemudian digaul dan diuli hingga menjadi doh yang lembut sebelum dicanai dan diterap dengan acuan penerap bentuk epal.
4) Susun dalam dulang pembakar yang sudah digriskan kemudian sapu kuning telur dan taburkan coklat urai ke atasnya sebelum dibakar dalam ketuhar pada suhu 155C selama 20-25 minit.
5) Bila sudah masak,biarkan betul-betul sejuk baru disimpan didalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Cornflakes Madu



Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
� cawan madu
� cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Biskut Makmur


Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )

Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara

1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.

Biskut Lemon


 BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega tanpa garam
2 cawan gula
1 biji telur gred A
1/2 cawan krim masam
3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
2 sudu besar parutan kulit lemon
Kismis sebagai hiasan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 1800C. Sediakan dulang pembakar.

2. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

3. Masukkan telur satu per satu dan pukul lagi kemudian masukkan pula krim masam.

4. Di dalam mangkuk sederhana besar, ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam.

5. Gaulkan campuran tepung ke dalam mentega.

6. Apabila sudah sebati, masukkan parutan lemon. Bentukkan mengikut kesukaan.

7. Bakar selama 15 hingga 20 minit sehingga masak.

Resepi Biskut Dahlia


 Bahan-bahan

3 biji merah telur
2 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin tepung jagung
2 cawan tepung gandum
2 cawan mentega
2 � cawan gula halus
� sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan

Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar

Biskut Mentega Kacang Rangup


 BAHAN-BAHAN:

1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan mentega kacang
1 cawan gula merah
1 biji telur gred A

1/2 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.

2. Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A

3. Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.

4. Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.

5.Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.

Resepi Biskut Suji


Bahan-bahan

250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara Penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Biskut Arab


Bahan-bahan

250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Cara Penyediaan

1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2.Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4.Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5.Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6.Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit

Resepi Biskut Cendawan


Bahan-bahan:

1 buku butter
3/4 cwn gula kastor
1 cwn tepung jagung
2 1/2 cwn koko krunch - dikisar halus
1/4 cwn kelapa kering
1/4 cwn bijan (aku gantikan dgn oat.bijan takde stok)
2 cwn tepung biskut / tepung gandum
1 biji kuning telur

Hiasan:

coklat masakan
coklat rice (boleh guna flower nibs)

Cara-cara :

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan bahan-bahan lain kecuali tepung. Adunkan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum sikit2 hingga adunan menjadi doh. Gelek dan terap adunan menggunakan acuan bentuk cendawan. (nak pakai acuan bentuk lain pun boleh juga).

Bakar dan setelah sejuk, celupkan bahagian kepala cendawan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boil. Hiaskan dengan coklat rice. Biarkan biskut dan coklat masakan mengeras di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Cip Coklat Putih


BAHAN-BAHAN:

1 cawan (250 gm) mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula merah
2 sudu kecil vanila
2 biji telur gred A
2/3 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1 cawan cip coklat putih

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 0C.

2. Krimkan mentega dan gula, masukkan vanila diikuti dengan telur satu per satu dan pukul sebentar.

3. Kemudian masukkan koko dan gaul rata. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat dan garam.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.

5. Gaul rata cip coklat putih. Sudukan satu sudu kecil adunan tadi ke atas dulang pembakar dan bakar sekitar 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan.

Sour Cream Chocolate Chip Cookies


BAHAN-BAHAN:

1 cawan gula.
1/2 cawan susu masam (sour cream)
1/4 cawan mentega tanpa garam
1/4 cawan shortening
1 sudu kecil vanila
1 biji telur gred A
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
2 cawan cip coklat.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180oC.

2. Pukul gula, susu masam, mentega, shortening, vanila dan telur di dalam pemutar elektrik dengan kelajuan sederhana.

3. Ayak bersama tepung, baking soda dan garam.Ma�sukkan ke dalam pemutar elektrik dan putar perlahan-lahan.

4. Gaulkan cip coklat. Bulat-bulatkan atau guna scop aiskrim untuk memudahkan lagi.

5. Bakar selama 15-20 minit sehingga masak.
Back to top